Saturday 3 December 2011

Video Doa untuk Orang Tua

Pesan Ustazah ::
Anak-anak, cuba tonton video Diva ni, dan sama-sama kita bacakan do'a untuk kedua ibu bapa kita.

Thursday 1 December 2011

Mari Berdoa untuk Kedua Ibu Bapa Kita

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 

atas didikan mereka padaku 
dan Pahala yang besar atas kesayangan 
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
 


Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0

Wednesday 19 October 2011

Mother, Father, I LOVE YOU!

Jom nyanyi... 



~~~~~ KUIZ!!!!!!! ~~~~~

Anak-anak, siapakah yang lebih utama untuk dimuliakan selepas Allah dan Rasulullah? 
Kenapa ya??

Wednesday 12 October 2011

KEBAIKAN MENOLONG IBU BAPA

Anak-anak, tahu tak, jika kita menolong ibu bapa kita, ada banyak kebaikan yang boleh kita dapat. Antaranya :
  • Disayangi ibubapa
  • Mendapat pahala
  • Mendapat rahmat
  • Dimurahkan rezeki
  • keberkatan dalam hidup.

KEBAIKAN KEPADA MASYARAKAT
  • Melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati, bersatu padu, saling menyayangi,
  • Hidup dalam suasana harmoni,

KEBAIKAN KEPADA NEGARA
  • Menjadikan Negara aman makmur. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mari kita lihat jasa ibu kepada kita semua...



    Wednesday 5 October 2011

    ADAB MENOLONG IBUBAPA

    1. Menolong ibubapa ialah membantu mereka dalam apa bentuk pertolongan yang baik samada mereka masih hidup atau sudah meninggal.
    2. Allah berfirman dalam Surah Al-Isra', Ayat 23:

      1. Anak yang menolong ibubapa adalah anak yang soleh dan mendapat pahala manakala anak yang tidak memelihara adab menolong ibu bapa adalah anak yang derhaka dan berdosa.
      2. Derhaka kepada ibubapa merupakan antara dosa-dosa besar yang wajib dijauhi.


        ADAB MENOLONG IBUBAPA
        -Setiasa ikhlas
        -Bermanis muka
        -Bersopan
        -Tidak merungut ketika membantu.

        CARA SAYA MENOLONG IBU BAPA...
         

        Pesan Ustazah::
        Nak tahu lebih lagi?
        Klik laman ini ----> Berbakti kepada kedua orang tua